Monday 3 April 2017

Suami & Isteri

Tadi di petronas jumpa seorang abang ni. Saya dah lama nak tanya.Selalu nampak ustaz isi minyak di sini...boleh kita berbual sekejap..

Saya dah kahwin 7 tahun dan ada anak 2 orang. Ustaz kenapa wanita ini susah nak faham. Sekali dia mengamuk buat muka. Suka marah anak-anak. Dekat rumah pakai selekeh. Serabut. Dia kalau marah, tak ingat dunia. Bila saya tak tahan saya jerit lagi kuat. Solat pun suka lambat. Pakaian bila keluar rumah habis dengan makeup tebal-tebal dan masih belum bertudung...saya nasihat jadi bergaduh.

Dah berapa lama macam tu abang?

Dah lama ustaz. Makin serabut bila dapat anak. Dulu ok lagi...dah 2 orang lagilah. Saya sebenarnya dah tak tahan dan datang rasa nak hantar dia balik rumah mak ayah dia...

Begini abang. Bila isteri jadi begitu sebenarnya mereka dahagakan 2 perkara iaitu hati yang tenang dengan zikir dan amalan. Mereka juga dahaga belaian dan rasa cinta dalam keluarga..

Dulu masa kita kahwin mereka macam miss universe Macam princess. Tetapi bila makin lama kita juga yang buat mereka berubah. Bayangkan 2 kali mengandung itu juga buat mereka berubah dari segi fizikal dan emosi. 9 bulan badan makin berat. Kadang-kadang muntah mual naik jerawat. Dah tak boleh nak itu ini. Nak bersenam pun dah terbatas. Makan minum pun berubah. Bersalin sama ada czer atau normal. Dua-dua mengubah diri mereka.

Jika cinta kita kerana Allah kita akan maafkan mereka. Mereka dah tinggalkan keluarga mereka sudi jadi macam penjaga di rumah kita. Uruskan semua tanpa di bayar gaji. Berapa pun tak cukup. Tapi kerana Allah..kerana suami mereka buat semua tu. Sebenarnya itu pun dah besar pengorbanan mereka. Buat pula isteri abang dah mengandung bersalin 2 kali. Mati demi melahirkan anak kita.

Contoh bila anak buat apa-apa. Kta relax jer. Isteri marah sebab mereka buat semua benda. Nanti mereka kena kemas. Bukan sekali. Masa dia marah kali ke 10 anak buat perkara yang sama hari tu. Kita cuma nampak isteri marah. Ubatnya mereka nak kita bantu dan rajin tolong mereka..mereka dahaga belaian. Kita lelaki pun makin hari makin dahaga kasih sayang. Jika abang rasa sunyi dan tak dipedulikan. Mereka lagi lagilah...mereka cuma wanita...yang belajar kuat dan tabah.

Hadiahkanlah isteri abang dengan kasih sayang dan didikan agama. Itulah tugas kita sebagai khalifah Allah. Wanita ini cara dakwah padanya ialah dengan memenangi hatinya. Abang bawalah isteri belajar iman dekat pada Allah. Bawa pergi majlis Ta'lim. Majlis ilmu. Bila hati mereka tenang mereka akan jadi manusia yang tenang.

Selalu kita nak selesaikan masalah dengan tambah masalah. Marah orang marah dengan marah. Ajak orang jahat jadi baik dengan kekasaran.

Cuba buat Ta'lim dalam rumah. Makan berdua dengan isteri. Walau cuma satu hari atau satu malam istimewa bersamanya. Beri hadiah. Kemudian bawa isteri belajar iman. Kejut mereka solat subuh. InsyaAllah automatik mereka berubah

Abang tadi senyap dan sebak. Terima kaseh ustaz. Rupanya banyak lagi kerja kita suami yer. Bimbing Islam. Terima kaseh ingatan ustaz. InsyaAllah saya akan buat semua itu. Baru saya faham. Terima kaseh ustaz-ebit lew

#www.transformjiwa.com

sumber : FB
Copy & Paste


free tu share or reblog..

Sunday 13 July 2014

Ramadhan al mubarak

Assalamualaikum....

Pagi yg sunyi aku cuba utk menulis... Alhamdulillah masih lg diberi kesempatan utk berpuasa pada kali ini... Byk perubahan dh berlaku.. Dari sebabak ke sebabak.. Kali ini diberi nikmat berpuasa bersama isteri tercinta & ank tersayang... Bermacam2 dugaan yg harus aku hadapi.. InsyaAllah aku hadapinya dgn tabah... Kali ini aku berpuasa selaku seorang yg bekerja shift... Berat hati bila aku terpaksa berbuka puasa di tempat kerja.. Bersahur ditempat kerja... Terpaksa meninggalkan keluarga dirumah utk melaksankan tugas... Hari raya tahun ini mungkin aku xdpt beraya dikampung bersama keluarga... Atas kerana tugas yg telah diamanahkan.. Tp aku masih mencuba utk mendapatkan cuti utk pulang beraya dikampung.. Harap2 bos lembut hati meluluskan permohonan tersebut.. Aminnn...  Bulan puasa ini juga aku terpaksa menangguhkan perniagaan aku.. Atas kesulitan waktu bekerja... Tidak seperti tahun lepas.. Aku mampu membuka berniagaan aku dibulan puasa.. Ini semua dugaan yg harus aku hadapi... Allah bg dugaan kepada umatnya sebaik2nya... Allah tidakkan bagi dugaan kepada umatnya jika seseorang itu tidak mampu menanggungnya.. Allah itu maha adik..  Aku redha...

#ramadhan

Tuesday 18 March 2014

Masa itu emas....

Assalamualaikum.... Sekian lama.. Sunyi.. Sepi.. Senyap.. Silent... Bukan sengaja.. Tp "masa itu emas" aku sentiasa mencari peluang utk menulis... Tp masa sgt cemburu kepada aku... Kadang2 aku terfikir.. Org yg menulis blog tiap2 ari tu mcm mn dia manage masa dia... Aku mmg xcukup masa.. Pkl8-5 aku berada dipejabat... Pkl8mlm- 2pagi aku berniaga... Masa utk aku merehatkan badan hanya berbaki 3-4jam.. Itu pun kalau anak aku xmeragam.. Tp tiap2 pagi xpernah xnangis.. Abis acaner tu... Itu lah asam garam kehidupan.. Hargailah masa... Selagi ada masa gunalah sebaik2nya... 

#luahanisihati
-zamzurizain- 
18/03/2014

Wednesday 4 September 2013

Amsyar demam..


Hero ku demam.. Demam nk tumbuh gigi agaknya.. Sbb dua tiga arini dia asyik dik ketap2 bibir je.. Aritu demam nk merangkak.. Cian dia..

Friday 30 August 2013

Saturday 2 March 2013

Monday 5 November 2012

My lovely hero...scan 3D/4D

Assalamualaikum.... teramatlah gembira smlm.. bila aku bawa bini aku g scan 3D/4D baby kat klinik maria.. sebelah Alamanda.... temujanji pada pkl4 ptg... so pagi tu g settlekan hal lain dulu... dari mlm sebelum g scan lg duk sembang ngn baby dlm perut ibu dia.. pujuk dia supaya tunjuk muka & jantinanya.. sebab xtau lg jantinannya... muka pun scan sblm ni xnmpk jelas... jadi harap kali ni scan 3D/4D ni menjadi la...

Alhamdulillah dapat tau baby sihat sgt & jantina baby pun jelas nampak.. Yes..!!! anak papa.. baby boy...  huhuhu... syukur alhamdulillah... baby & mamanya sihat... harap2 kedua2nya selamat... aminnnn..

rasanya xdr apa da nk sembang.. tgk gmbr je la yea... aku dah mula sibuk nk cari baju utk hero ku.. try cari kat tenet je la.. mls nk berjalan.. penat..

























::syukur..Alhamdulillah....