Monday 11 April 2011

KELEBIHAN AWALKAN SOLAT

"Dirikanlah Solat kerana Solat itu tiang Agama.." Wink

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam itu sendiri. Fenomena
perubahan warna alam adalah suatu yang tidak asing bagi yang terlibat dalam
bidang fotografi.


WAKTU SUBUH


Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warnabiru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan
dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggalwaktu
subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masaalah rezeki dan komunikasi.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)
dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solah diawal waktu.

Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah akan diserap oleh tubuh melalui konsep
resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh
sebenarnya akan mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


WAKTU ZOHOR


Warna alam seterusnya berubah kewarna Hijau (Israq & Dhuha) dan
kemudian warna Kuning menandakan masuh waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut
dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan kecerian. Jadi
mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang ulang
kali dalam kehidupannya akan menghadapi masaalah diperut dan
hilang sifat cerianya. (kalau orang sedang sakit perut -Ceria tak??)


WAKTU ASAR


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna Oren iaitu masuk
waktu Asar dimana spektrum warna pada masa itu bersamaan dengan
frekuensi prostat.uterus,ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif. Rahsia warna Oren islah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau
diwaktu Asar ini Jasad dan Roh sesaorang itu terpisah sementara (tidor)
Jangan lupa, tenaga pada waktu Asar amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah kepada warna merah
dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
agar tidak berada diluar rumah. Ini kerana spektrum pada waktu
ini menghampiri frekuensi Jin dan Iblis (infra-red). Ini bermakna
Jin dan Iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka
resonan dengan alam. Bgi mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(Solat Maghrib dulu laa....) kerana banyak interferenses atau
pembelauan berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan
mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
Keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


WAKTU ISYAK


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah kewarna Indigo dan
seterusnya memasuki kefasa Kegelapan. waktu Isyak ini menyimpan
rahsia kketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya
bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyak akan berada dalam kegelisahan. Alam sekarang
berada dalam Kegelapan dan sebetulnya inilah waktu tidur
dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil TIDUR DELTA
dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

SELEPAS TENGAH MALAM, alam mula bersinar kembali dengan
warna putin, merah jambu, dan seterusnya ungu dimana ianya
dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar, pineal,
pituari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam dipanggil QIAMULLAIL.

Begitulah secara ringkas perkaitan Waktu Solat dengan
Warna Alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan
kepetingan tenaga alam ini serta inilah faktor adanya punca
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti Taichi,
Qi-gong dan sebagainya. Semua ini dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga Alam kesistem tubuh

Kita sebagai Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana
telah dikurniakan Syariat Solat oleh Allah SWT tanpa
perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
Tenaga Alam ini. Hakikat ini seharusnya mengisafkan
kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat keatas
Hambanya atas sifat Pengasih dan Penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana dia tahu hamba-Nya ini amat
memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi
kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga
Solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri
kelas Taicinya.... Undecided Cool

No comments: