Thursday 5 May 2011


Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. 
Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. 
Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.


"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" 
pesan Mak Andeh.


Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya 
untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir 
berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah 
papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan 
kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.


Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah
 lalu bertanya "Kenapa Bang?" Mak Andeh pun menjawab 
"Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. 
Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun 
kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".

Pak Pandir Naik Kapal Terbang




Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat 
tiket kapal terbang untuk 
menjadi tetamu dalam program stesen radio Hangus FM. 
Walaupun hanya kelas ekonomi
 tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup menggembirakannya.


Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. 
Pak Pandir pun sudah menunggu 
sejak dari subuh di lapangan terbang. Bila kapal 
terbang sampai, Pak Pandir amat 
gembira dan dia pun naiklah, terus ambil tempat.


Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun 
memeriksa penumpang supaya 
semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas. 
Sekali pramugari 
ternampak Pak Pandir duduk di kerusi Business Class, 
setahunya tak ada penumpang 
kelas bisnes hari itu.


Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun,
 pramugari tu tegur, 
"Pak cik, pak cik tak boleh duduk kat sini, boleh tak pak cik
 pindah duduk di belakang?"


"Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari tu). 
Terima kasih nak, 
tak apalah nak, pak cik dah selesa kat sini"


Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal pramugari tu. 
Semua pramugari dan pramugara 
datang silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya.
 Juruterbang yang menunggu 
lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada
 isyarat kata ok daripada Ketua
 Pramugari, lalu dia pun keluar tengok.


Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, 
pilot itu pun pergilah ke tempat 
Pak Pandir "Pak cik, boleh tengok tiket?"


Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih.


"Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?"


"Ya nak" Jawab Pak Pandir.


"Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, kerusi belakang tu baru pegi KL!"


Pak Pandir pun terkasima...terkejut!


"Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau."

Tuesday 3 May 2011

PERANTAU KETEREH KELANTAN: 8HB MEI 2011(AHAD): 2.00-6.00 PTG: KOMPLEKS FUTSAL...

PERANTAU KETEREH KELANTAN: 8HB MEI 2011(AHAD): 2.00-6.00 PTG: KOMPLEKS FUTSAL...: "KARNIVAL MESRA FUTSAL ANAK-ANAK KETEREH 2011; 8HB MEI 2011 (AHAD) 2PTG-6PTG Jawatankuasa Penyelarasan PENGUNDI LUAR LEMBAH KLANG PARLIMEN..."