Monday 3 April 2017

Suami & Isteri

Tadi di petronas jumpa seorang abang ni. Saya dah lama nak tanya.Selalu nampak ustaz isi minyak di sini...boleh kita berbual sekejap..

Saya dah kahwin 7 tahun dan ada anak 2 orang. Ustaz kenapa wanita ini susah nak faham. Sekali dia mengamuk buat muka. Suka marah anak-anak. Dekat rumah pakai selekeh. Serabut. Dia kalau marah, tak ingat dunia. Bila saya tak tahan saya jerit lagi kuat. Solat pun suka lambat. Pakaian bila keluar rumah habis dengan makeup tebal-tebal dan masih belum bertudung...saya nasihat jadi bergaduh.

Dah berapa lama macam tu abang?

Dah lama ustaz. Makin serabut bila dapat anak. Dulu ok lagi...dah 2 orang lagilah. Saya sebenarnya dah tak tahan dan datang rasa nak hantar dia balik rumah mak ayah dia...

Begini abang. Bila isteri jadi begitu sebenarnya mereka dahagakan 2 perkara iaitu hati yang tenang dengan zikir dan amalan. Mereka juga dahaga belaian dan rasa cinta dalam keluarga..

Dulu masa kita kahwin mereka macam miss universe Macam princess. Tetapi bila makin lama kita juga yang buat mereka berubah. Bayangkan 2 kali mengandung itu juga buat mereka berubah dari segi fizikal dan emosi. 9 bulan badan makin berat. Kadang-kadang muntah mual naik jerawat. Dah tak boleh nak itu ini. Nak bersenam pun dah terbatas. Makan minum pun berubah. Bersalin sama ada czer atau normal. Dua-dua mengubah diri mereka.

Jika cinta kita kerana Allah kita akan maafkan mereka. Mereka dah tinggalkan keluarga mereka sudi jadi macam penjaga di rumah kita. Uruskan semua tanpa di bayar gaji. Berapa pun tak cukup. Tapi kerana Allah..kerana suami mereka buat semua tu. Sebenarnya itu pun dah besar pengorbanan mereka. Buat pula isteri abang dah mengandung bersalin 2 kali. Mati demi melahirkan anak kita.

Contoh bila anak buat apa-apa. Kta relax jer. Isteri marah sebab mereka buat semua benda. Nanti mereka kena kemas. Bukan sekali. Masa dia marah kali ke 10 anak buat perkara yang sama hari tu. Kita cuma nampak isteri marah. Ubatnya mereka nak kita bantu dan rajin tolong mereka..mereka dahaga belaian. Kita lelaki pun makin hari makin dahaga kasih sayang. Jika abang rasa sunyi dan tak dipedulikan. Mereka lagi lagilah...mereka cuma wanita...yang belajar kuat dan tabah.

Hadiahkanlah isteri abang dengan kasih sayang dan didikan agama. Itulah tugas kita sebagai khalifah Allah. Wanita ini cara dakwah padanya ialah dengan memenangi hatinya. Abang bawalah isteri belajar iman dekat pada Allah. Bawa pergi majlis Ta'lim. Majlis ilmu. Bila hati mereka tenang mereka akan jadi manusia yang tenang.

Selalu kita nak selesaikan masalah dengan tambah masalah. Marah orang marah dengan marah. Ajak orang jahat jadi baik dengan kekasaran.

Cuba buat Ta'lim dalam rumah. Makan berdua dengan isteri. Walau cuma satu hari atau satu malam istimewa bersamanya. Beri hadiah. Kemudian bawa isteri belajar iman. Kejut mereka solat subuh. InsyaAllah automatik mereka berubah

Abang tadi senyap dan sebak. Terima kaseh ustaz. Rupanya banyak lagi kerja kita suami yer. Bimbing Islam. Terima kaseh ingatan ustaz. InsyaAllah saya akan buat semua itu. Baru saya faham. Terima kaseh ustaz-ebit lew

#www.transformjiwa.com

sumber : FB
Copy & Paste


free tu share or reblog..