Wednesday 28 September 2011

::Majikan gila...

MEMO UNTUK STAFF

1. KENAIKAN GAJI
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda memandu kereta nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

2. CUTI TAHUNAN
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

3. WAKTU LUNCH
- Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
- Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
- Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

4. CUTI SAKIT
Mulai 2010 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

5. PENGGUNAAN TANDAS
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’staff sembelit’.

6. PEMBEDAHAN
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

7. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih

P/s : alahaiii teruk nya majikan macam ni…hahahaha..kalau ada mcm ni aku bakar opis..

beratnya tanggungjawab seorang lelaki.


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Rumah Oh Rumah lagi....

Assalamualaikum....

smlm nani dah bising aku xupdate blog...bukan xmo update blog nani cyg oiii...xsempat + xdr idea + malas...mmg lengkap la buat alasan..huhuhu...sbnrnya byk benda nk tulis...tp xsempat..byk gmbr nk upload...xsempat jgk..nk buat mcm mn..keja kan...update blog ni time terluang je...kat umah plak tenet slow...xpe la...arini sja nk berciter pasal rumah lg...aritu dah citer kan....

aritu aku dah ckp pasal umahkan...kononnya dah jumpa la umah...walaupun hati berat nk duk kawasan tu...tp dari xdr..kira boleh la...pastu dah janji ngn owner nk tgk umah ari ahad...jadi ari sabtu mlm tu sja la sms nk comfirm blk plk brape bleh g jumpa dia & tgk umah...

Aku : askum abg, esok mcm mn,comfirm bleh tgk umah?pukul brape nk jumpa?
Tuan umah : klu nk tgk blh bhgian luar je la sbb penyewa lame ade lg.Dlm pkl 8pg.
Aku : owh sy ingat penyewa lama dah kluar,kalau tgk luar sja..dah byk kali sy tgk. sy nk tgk dlm umah mcm    mn rupa..
Tuan umah : klu nk tgk tggu la 1hb ni.xkan bilik org awk nk tgk? mmg la 2 umh sy tp hak die cane plak. sy pun xpnh msuk umah 2 start dia sewa.klu awk xpcaya sgt psl umh 2 sy blh pulangkan duit awk blk. 1hb nnt baru kita cite balk. 2 pun klu ade ksg lg la. awk bg no akaun kt sy.sok pg sy msuk blk duit awk 2.
Aku : erm..o.k
Tuan umah : Ari 2 sy da ckp kemasukan penyewa lame akan pindah pd 30 sptmbr. 1hb baru bleh tgk umh luar & dlm. nktgk mgkuk tandas umah 2 xpe. en.zam suke ke klu org lain tgk bilik tido en.zam?
Aku : ni no.acc maybank sy...1234455667..terima kasih.

haaaaa....tu aku copy paste dr sms aku ngn tuan umah...kuat melatah tuan umah ni...kalau pompuan xpe,bleh aku ckp dia tgk period...emosi xstabil...ini laki..lain yg aku tny lain yg dia jwb..pjg lebar plak tu...dasar melayu...sikit xmo rugi...p.k untung je...ada ke org nk sewa umah main sewa je xtgk dulu mcm mn rupa keadaan kat dlm tu...aritu dia ada call..dia ckp 1 hb tu terus nk bg kunci..kira aku dah start menyewa 1 hb...tp dia plak mintak ngn aku jgn masuk lg umah...sbb dia nk bersihkan dulu..nk repair kalau ada rosak...aku dah ckp..aku xkisah dia nk ambik brape lama masa nk repair...aku start duk bln 11 pun xpe...dia kata xpe2 dia bleh settle dlm masa 2 ari je semua tu..nk jgk aku start sewa 1/10/2011//yea la..kalau aku start sewa bln 11..dia dah rugi 1 bulan...sbb dia kena byr kat bank guna duit sendiri...melayukan...faham2 je la erk..mls aku nk hurai pjg lebar...kalau mcm gni la sikap..aku p.k baik aku cancel je...kalau ko lapar duit sgt...tggu la org lain yg sggp berdepan ngn ko...aku xsnggp..kang xpasal2 aku bakar umah tu...

jadi cancel la aku umah tu...aku pun bkn nk sgt duk stu...so bermula semula la episod m'cari umah...target aku umahyg paling dekat ngn putrajaya...aku nekad..aku nk umah yg paling dekat ngn putrajaya....sedang mencari..& terus mencari...

p/s : rasa mcm nk beli umah pun ada....payah sgt nk sewa..beli terus..untung...hehehe...

Tuesday 20 September 2011

Rumah Oh Rumah...

Assalamualaikum....

Arni kepala aku berat sgt2....huhuhu..pening wei nk settle hal nk kawin..sbb tiba2 plak tu...nk xnk kena la harungi jgk...harap2 semua berjalan lancar...huhu...lancar xlancar la...kadang2 nk jadi lancau pun ada...huhuuhu....

sbb bln 2 nnt dah nk kawin..dah kena cari umah...aku dah apply quarters tp maklum la kan..ingat apply terus dpt ke...merayu hampir tiap2 ari..entah di endah ke x...nasib je la...so utk back up..aku kena cari umah sewa luar dulu...dah bermggu2 pusing...xjumpa2...last2 jumpa la dlm murah..terus contact...tny2 ada lg...g tgk umah..agak o.k la...1 tingkat je...harga standard rm500...mahal ke x terpaksa la...kawasan langat murni..perumahan baru...cantik lg la kawasan dia....perjalanan dari langat murni ke putrajaya 30minit...perjalanan ke tmpt keja aku 20 minit je...aku dah cukup puas ati ngn umah..smlm dah tinggal deposit rm100..kira mcm booked la tu,..ari ahad ni g sna tgk umah lebih detail....

seperti yg dibincangkan secara ringkas & awal...deposit permulaan 2+1...maknanya rm1000+500...bil api + air Rm200...so total Rm1700...haaa hambik ko..penangan nk sewa umah...nk beli xmampu..xpe la..utk permulaan...mmg berat sikit...keputusannya kemudian.....

yg peningnya..skrg aku kena pindah kuar umah skrg..g duk umah baru...pastu tunang aku pun kena kuarkan iklan utk sewa bilik dia kat kajang...dibuatnya ada org nk sewa awl mcm mn? aku kena kuar blk g duk umah lama sbb bg tunang duk umah baru...kawinnya bln 2...umah baru kena masuk bln 10...3,4 bulan lg tu.,..erm....aku xkisah la duk mn2 pun..yg aku risaunya..tunang aku...kalau dia kena duk umah baru...kena duk sorg2..kawasan baru..umah baru..kawsan plak bukan ramai org sgt pun,...hish..sgt2 aku risau..aku duk sorg xpe la...bukan apa...org pompuan...hish...mintak jauh la....

harap2 dipermudahkan semua...amin...

aku dah pening..!!!!

Wednesday 14 September 2011

Jgn kau kawini wanita yang enam...


Janganlah engkau kahwini wanita yang enam


sabda rasulullah saw dari sepotong hadis yang bermaksud

"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah,dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."


sabda rasulullah saw dari sepotong hadis yang bermaksud




Wanita Ananah:

Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.





Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu"


 Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Masih DARA @ X DARA?


Cara Nak Tahu Tanda Wanita Masih Dara
oleh Kahar Ahmad pada pada 14hb September 2011 pukul 2.10 pagi
Rekahan Bibir
Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.
Dahi Yang Berkedut
Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.
Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.
Telinga
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.
Tumit
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Ini hanyalah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.
Pipi
Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.
Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya sesetengah GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.
Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebabnya yang tadinya.
Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.
Telinga
Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.
Hidung
Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.
Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).
Mata
Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai meneliti. Sebab itu adalah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki.
Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara.
Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris-garis halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.
Namun begitu…
Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan. ( tak caya tanya suami anda ).
Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.
Bagi wanita yang berumah tangga secara halal dan mempunyai suami yang memahami..mereka cun 100x ini kerana mengikut kajian,
Rambut Wanita
Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan 100x. Pada wanita yang dah berumah tangga secara halal. Hanya pakai petua biologi dari suami anda. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami.
Perut
Untuk pengetahuan anda, pada mereka yang biasa berhubung, perut akan sedikit membuncit. kerana perut melakukan daya aktif yang amat kuat dan menyebbkan sel-sel mengembang. Selain itu, tanda yang terdapat pada perut seperti alur garisan panjang dari dada hingga pusat dan dari pusat hingga ke faraj.
Jika tanda ini terputus pada bahagian bawah antara permukaan pusat dan faraj, ini bermakna, wanita itu tidak berdara. Faktor kehamilan juga merupakan sebab garis ini terbentuk. Namun, garisnya kelihatan lebih ketara.

Cari umah..cari umah..cari umah....

Assalamualaikum....

Arini aku nk citer bab cari umah....huhu..bila time nk kawin...gni la...persiapan mcm2..bab umah mmg susah sikit...itu la salah 1 sebab aku berniat nk kawin lewat sbb nk beli umah..sediakan uamh utk bakal isteri aku...tp dah tiba2 plak plan tukar..awal la plak..so nk xnk kena sewa umah la...

aku keja kat KLIA..bini aku keja kat PUTRAJAYA....kalau kira xjauh...tp seboleh2 aku nk duk area putrayaja la...bg bini aku dekat nk g keja..aku g keja jauh xpe...

dlm proses cari tu..aku apply la jgk kuarters sbb nk back up...tp serius aku ckp aku xsuka kuarters KLIA...sbb kena panjat tangga..xdr lift der...gila ko kalau kena tingkat 4 mau berurat kaki ko...aku kesian kat bini aku je...turun naik tiap2 ari....pastu lg 1..parking keta ngn moto..mmg byk space..ko nk parking suka ati ko pun bleh..tp mslhnya xdr bumbung...dah la kuarters xdr pagar...parking moto? mmg xdr la der..main letak gtu jew...hish harta aku...aku syg...tp kalau dah terpaksa..aku redah je...yea la...nk demand2 pun kalau kewangan kukuh bleh la aku sewa kat luar...mlshnya aku ni pun mcm mintak sedekah je....tumpang org...erm..nasib..syukur la ngn rezeki yg ada....

aku dah pusing2 cari umah sewa kat luar...yg aku meluat...rumah kosong byk...cantik2 plak tu...tp xdr owner letak no.tel plak...nk sewa ke xnk...tny org sebelah2...semua jawapan sama..."dulu ada org duduk..dah lama pindah...tp sy xtau plak no.tel org sebelah...owner pun sy xkenal"...mcm tu la peranagi org yg berjiran kat bandar..xkenal pun..xtau pun sape jiran dia....erm..so..aku terpaksa la tinggal no.tel kat org sebelah umah..kot2 owner dtg...bleh la dia tlg tny2kan umah tu...

masih mencari..dan mencari....

Monday 12 September 2011

preparation aku & dia

Assalamualaikum...

aik...terlebih rajin plak update blog arini...FB stop dulu...baik aku edit blog..mana la tau kot2 dah tua2 nnt bleh aku baca balik..anak2 aku baca ke...xpun kalau aku dah xdr..bleh org lain baca...sbb ni blog persendirian...aku tulis pasal aku..bkn blog gosip2 o.k...

arini kat opis xbz sgt,..mcm biasa2 je...so bleh la luang masa utk mengarut kat sni....pg2 td aku on9 la kejap Fb..xdr apa yg menarik..pastu teringat nk update blog...1st aku update blog tunang aku..dia buat blog aku plak kena update...dia bz sgt2...xsempat nk update...xpe..aku tlg....hehehe..xdr la..sbnrnya blog tu bkn blog dia sorg...blog kami berdua...so dah jadi tanggungjawab aku jgk utk update.... nah ni dia punya link.. http://preparationtobemrsjuri.blogspot.com........ sebenarny blog ni byk menceritakan persediaan kami berdua utk melangkah ke alam perkahwinan...semua aktiviti kami akan diabadikan dlm blog ni..utk kenangan...kalau stakat gmbr xcukup kot..nk kena ada gak kata2 saktinya..baru best...senang ank2 esok nk tgk...xdr da belek2 album gmbr...zaman cyber katakan...hehehe

awal2 dulu xcited nk buat blog sbb dia tau aku ada blog..so aku yg xdr pangalaman buat blog ni ajar la...so pandai la sikit2...awal2 dia yg edit la...cun dah cun da...semua..siap update..dah lama2...terbiar...huhu..rugi..so aku ambik alih la...sikit sebanyak aku cuba utk hidupkan...cuba bekalkan gambr2 bahagia kami..nk menulis pjg2 xlarat aku..dlm blog aku ni pun dah kena menulis...biar la gmbr bercerita...

apa2 pun..kami sgt2 bahagia....tarik muncung pjg...bertekak...tu perkara biasa...bukan nk gaduh sgt pun...sja je nk manja2 tu....biasa la..lg lidah sendiri tergigit... ini kan lidah org lain..eh..silap ek? hahaha....

stakat tu je...nk sambung buat keja..kang bos tgk..xpasal2 dia suh aku update blog dia plak...hahaha..

choww.... wassalam....

Lafaz Akad Nikah mmg senang..tau maksud sebenar dia?

Assalamualaikum.....

Arini rasa rajin plak nk menaip..sbb arini anggota kat opis cukup...so aku xbz sgt....arini pg2 lg aku edit blog tunang aku http://preparationtobemrsjuri.blogspot.com <---- tu blog tunang aku..gatal sgt nk buat blog..tp dia bz nk update xsempat..aku jgk la yg kena update...lepas settle edit blog tu...aku blog walking plak..aku xramai foller jd senang la aku belek2 blog diorg,...blok yg best aku baca..blog eida..dia suka menulis...
so belek2 blog dia..aku tertarik 1..pasal akad nikah..dulu aku ada post dlm FB..tp xterfikir plak nk tulis dlm blog...tgk dah eida tulis dlm blog dia..rasa berkobar2 plak nk tulis gak...kreadit to ieda....

" Aku Terima Nikahnya, Si Dia Binti Ayah Si Dia Dengan Mas Kahwin RM . . . . "


bestkn kata2 kat atas tu...lepas dah imam & saksi ckp sah..sah..sah...senyum melebar semua...terutama di pengantin...kononnya selamat la semuanya...eh hello...bkn selamat o.k...bar bermula...sedar ke xsedar semua tentang tu....? 


meh kita tgk apa maksud disebalik akad nikah tu...? seram weh... kalau korg lelaki..korg patut seram...




"Aku tanggung dosa dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa si dia buat, dari dedah auratnya sehinggalah tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia . . Dan aku tanggung semua dosa bakal bakal anak anak ku , jika gagal maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaiyah melibas badanku sehingga pecah. . "




hah...apa mcm bro? ko sedap je lafaz..tau ke apa maksud dia? bukan senang kawin ni..akad je sah..idup mcm biasa...hello kwn...sedar la wei.. apa tanggungjawab ko...kodah pilih utk berkahwin..ko kena tau semua tu....kalau xnk masuk neraka jahanam...pandai2 la ko urus ko punya family...jgn sampai sbb kawin ko tempah tempat kat neraka jahanam tu...azab weii... jgn tny aku la mcm mn azab dia..aku xtau...yang ternyata aku takut..!! sbb xlama lg aku pun nk kawin....


hah..! ni ada sikit la yg aku petik dari blog eida....pasanan jgk...sama2 la kita renung...


"Pantau lah pergerakan isteri kamu. . Kawal pemakaian, percakapan & pergaulan isteri . . Semua perbuatannya adalah tanggungjawab kamu .. Jika dibebaskan secara berleluasa, parah akhirat kamu!"


apa macam bro..ada bran? 


utk para isteri plak...tlg la para suami...jgn asyik ko nk ikut dunia je..dunia ni sementara je..udah cukup la time ko bujang ko berseronok...dah kawin ni bawa2 la ubah perangai tu... xrugi la kalau org tgk ko kolot skali pun..fesyen? apa yg ada dgn fesyen? aku tgk skrg fesyen yg menutup aurat yg sempurna pun dah byk...cantik2 plak tu...apa salahnya berubah kearah tu?tkt? tkt kwn2 lari? biar dia lari..kubur asing2 wei...xdrnya ko nk heret dia skali masuk kubur ko...adus....jemm..!! 


dah la...malas aku nk tulis..kang pjg citer plak....


apa hal sama2 kita muhasabah diri...









Saturday 3 September 2011

my E-day

Assalamualaikum....

Arini hari raya ke-3...hari pertunangan aku dgn sheera...setelah lama aku berkawan..lama merancang..hasil penat lelah aku & sheera...bantuan family...berlansung la majlis pertunangan yang sederhana...hantanran aku kepada sheera 5 dulang...di balas 7 dulang...semua dlm keadaan terkawal sbb melalui masa yg agak pjg merancang..sgt2 berjaya..puas hati...

aku bgn pg2 terus siapkan diri...kena pakai smart2 sbb aku pun kena naik pelamin tunang utk sarung cincin...yea la zaman skrg..kalau dulu si laki. duk umah je...

rombangan pihak aku agak ramai..dlm 10 bijik kereta...abis semua sanak saudara aku angkut...hehehe....

majlis bemula pada pkl 11...semua berjalan sgt2 lancar...tgk sheera pun cantik je...aku hanya mampu tersenyum...

insyaAllah aku akan sediakan gmbr..sbb aku xreti nk citer bab ni...biar gmbr yg bercerita....

setakat ni dulu...nnt aku update blk...

nah ni gmbrnya....sori la gmbr agak kurang cantik...juru kamera amatur...