Monday 28 March 2011

6 PERTANYAAN IMAM GHAZALI PADA MURIDNYA






 6 PERTANYAAN IMAM GAHZALI PADA MURIDNYA










gambar hiasan..

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

  6. Apakah yang paling tajam di dunia?


 

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia

lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.

Surah Al 'Imran ayat 185: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia

lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang".

Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini

lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

Surah al-A'raf ayat 179: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk 'isi neraka jahanam' kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia

lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia

 lalu muridnya menjawab :
" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia

lalu muridnya menjawab :
' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


USAHLAH BIMBANG JIKA DIRI ANDA TIDAK DIHARGAI

AKAN TETAPI ANDA PERLU BIMBANG JIKA DIRI ANDA
                     TIDAK BERHARGA LAGI


TAZKIRAH JUMAAT... Grin Undecided Wink

Restoran Sekinchan Ikan Bakar @ Setiawangsa

RESTORAN SEKINCHAN IKAN BAKAR @ SETIAWANGSA


Restoran Ikan Bakar Sekinchan
Centrum Setiawangsa
Jalan Setiawangsa 8
Taman Setiawangsa
Kuala Lumpur
Tel : 03-4251-5766 / 012-6878455
GPS : 3.179056,101.741471





Assalamualaikum....
 Arini rasa nk memperkenalkan satu tempat mkn yang selalu aku g bersama kawan2 & org umah...dah jd sebati dah tiap2 hujung mggu kalau xdr tmpt lain  nk g mkn...kesini la tmpt yg aku tuju... antara restoran yg menepati cita rasa aku nk kwn2 ku...restoran yg selesa utk bersantai...makanan yg byk pilihan dan sedap...tmpt parking kereta yang disediakan percuma...WiFi pun ada..canggih..harga makanan yang sgt2 berpatutan.. 


mls nk menulis...aku sediakan gmbr2 utk tatapan...
biar gambar yang becerita....





















sekian dulu.....

Thursday 24 March 2011

Al kesaaaaah...Tok Imam Dan Belia Harapan..



TOK IMAM DAN CIK CIKO....  
 
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang
tu Budin dan sorang lagi Ciko.... Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam
tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni..

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3
ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan.. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali &
menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali..

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x
khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing
ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2..

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi
imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg
wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye
si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang tok!!!!
He heee Grin Grin..."

Tok imam pun terkedu & terpana... Shocked


p/s : jgn lupa ambil wuduk sblm solat , hormati org lebih tua & berpengalaman Roll Eyes

~ Ah Beng ~





Nama Ah Beng adalah rekaan semata². Tiada kaitan dengan Ah Beng yang sebenar. Kalau ada hanyalah satu kebetulan..: ).
 
>>>Kenapa Ah Beng mesti pergi tgk wayang dgn 18 kawan2nya?
Sebab, bawah 18 tak dibenarkan laaa!!!
------------ --------- --------- -----
Ah Beng kat kedai TV, nak beli 1 TV set.
Ah Beng: Awak ada jual TV color tak?
Salesgirl: Ada!
Ah Beng: Bagi saya yg warna hijau satu!!
------------ --------- --------- -----
Ah Beng sedang mengisi borang permohonan kerja. Dia dah isi Nama, Umur,
Alamat dan info peribadi yg lain kecuali satu bahagian yg tertulis "SALARY
EXPECTED:"
Selepas puas memikirkan jawapannya, dia pun menjawab: "YES"!!!
------------ --------- --------- -----
Ah Beng di satu kedai runcit & sedang meneliti satu objek yg berkilat2.
Ah Beng: Apa benda yg berkilat2 nih?
Salesgirl: Thermo flask
Ah Beng: Benda nie apa gunanya?
Salesgirl: Ia boleh menyimpan benda panas kekal panas & benda sejuk kekal sejuk
Ah Beng: Ok, saya beli 1!
Esoknya Ah Beng ke ofis dgn themo flask barunya.
Boss: Apa benda yg berkilat2 nih?
Ah Beng: Thermo flask!
Boss: Benda nie apa gunanya?
Ah Beng: Haa... dia boleh simpan benda panas kekal panas & sejuk kekal sejuk
Boss: Habis, Ah Beng simpan apa di dalam?
Ah Beng: 2 cawan kopi dengan 1 cawan aiskrim...
------------ --------- --------- --------- -------- ----
Ah Beng adalah sangat teliti dlm kerjanya. Setiap kali selepas membuat salinan photostat, dia akan membandingkan dgn salinan asal supaya tidak ada "spellingmistake" .
------------ --------- --------- --------- ------ ------
Kenapa Ah Beng selalu tak dapat mendail 911?
Sebab dia selalu tak jumpa butang no. '11'!!!!
------------ --------- --------- --------- --------- -- -
Ah Beng pergi ke klinik dgn 2 telinganya merah terbakar.
Doktor: Apa yang terjadi ni? ceritakan pada saya!!
Ah Beng: Saya sedang seterika baju, tiba2 kawan saya telefon, saya tersilap angkat.
Saya tak angkat gagang telefon, tapi angkat seterika terus ke telinga.
Doktor: Habis yang sebelah lagi pun merah jugak. Kenapa?
Ah Beng: Kawan saya telefon lagi sekali laaa...!!!

Wednesday 23 March 2011

Lisa ku....


PERODUA KELISA EZi

Manufacturing Year:2003
Registration Year: 2003

Spec

Perodua Kelisa
1.0 (A) Converted to Turbo (manual) (NO JPJ ENDORSED)
Sprayed with Lite Grey


Exterior:-
Front L700
Front L700 N/A Injection Bumper
Front L700 Head light
Front L700 Fender
Rear L700  Tailgate
Rear L700 Rear Bumper
Rear L700 Spoiler
Crome L700 side mirror

Interior:-
Gino seat (maroon)
Satria GTi Clutch pedal
After market dashboard tray for kelisa
Standard dashboard.
Standard steering
Japan after market rear-view mirror
Small japan mirror for passenger
door panels are re-packed.
L700 power window switch board


ICE:-
Pioneer carrozzeria double Din HU(japan Series)
2 unt door speaker taken from Honda SV4
2 unt Mohawk mid base speaker + Mohawk crossover
1 unt sony xploded amp
2 unt Alpine tweeter

Engine:-
Perodua Kelisa 1.0 (auto) to (manual) Bolt On Turbo
L700 turbo Head Port & Polish
Kelisa 1000cc block with Toyota 4E turbo piston
Charade manual Gearbox
Exedy Racing clutch
Custom made “banana”
TDO4 GSR turbine with 1” dump pipe
SR20 Intercooler with 2” stainless steel pipe + samco hose
HKS mushroom airfilter
HKS Blow Off Valve (old type)
Work Fuel Regulator
Walbro fuel pump
L200s Map sensor
GReddy E-Manage blue
Arospeed Oil Catch Tank
Blitz Boost meter with vacuum..max 2.5 bar
Apexi RSM.
Apexi pen type turbo timer

Suspension, Wheels, Braking:
Watanabe special 14”x 6.5jj offset +30 PCD 100
4pcs Good year NTC5 165/55/14 tyre
2pcs front standard shock absorbers + sport spring
2pcs Rear APM performax shock absorbers + sport spring
Front YRV turbo Disc Brake
Rear kelisa drum brake 


Garage :
MAX GARAGE
HR MOTORSPORT
KELISACLUB

Tuesday 22 March 2011

Oh Tidak...!!



Assalamualaikum.....

Hari ni rasa mcm ada idea nk menulis kat blog..biasa artikel main copy paste je...hehehe...citer lama... Pada ari ahad 27 Feb 2011...sje jalan2 ngan "Org umah" kat Wangsa Walk kat Wangsa Maju...niat g tgk wayang..tp citer yang nk tgk tu dah fully booked...so nk blk awal lg...menilau2 la dulu dlm Wangsa Walk tu...jalan punya jln naik lenguh kaki...ternampak la satu mesin penimbang yang agak canggih..Mesin tu boleh timbang berat..ukur tinggi..test tekanan darah..dia analisis kita punya kesihatan...degupan jantung..lemak..gula...semua la..mcm kat spital la katakan...canggih sungguh zaman skrg..sje dah boring xtau nk buat apa...seluk poket masuk duit dlm mesin tu..tekan2 screen masuk kan maklumat yang dia perlukan...naik la aku atas mesin tu...2,3 kali gak la try..canggih2 mesin ni pun bengap jgk...nk kata aku berat sgt xdr la...biasa la mesin... bergilir2 la aku naik mesin tu..lepas da siap semua prosedur..org umah plak yg buat benda sama...nk kata nk caya ngn result mesin tu..xdr la..kompom xtepat punya...tp sje la nk tgk result dia...Dan hasilnya.....

menakjubkan...hahaha.....

                                                   Aku                   &             Dia

sah aku xreti nk tgk result ne..tp buat2 pandai je la...hahaha...ada saper2 yg tau apa result dia...yang ternyata kurang baik nie..kalau g check up kat spital kompom dia suh aku kuruskan badan...hahaha...mesti doc ckp ..berat x ideal...hampeh..!! janji aku sihat...hehehe

Sambil2 taip td..aku sempat search kat google...dpt la Info nie...so aku kongsi la kat sni...

Dengan pembangunan ekonomi dan gaya hidup dan diet yang semakin berubah, berat badan yang berlebihan dan obesiti (kegemukan) semakin meningkat di benua Asia.Ini mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan,termasuk diabetes (kencing manis) penyakit jantung,angin amar dan tekanan darah tinggi.
Diet Berkesan Dengan Pemakanan Seimbang
Diet Berkesan Dengan Pemakanan Seimbang
Obesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian sesetengah kanser,batu karang,penyakit gout,osteoartritis,kemandulan dan lain-lain penyakit.Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik. Pendek kata,keadaan berat badan berlebihan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup.
Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai masa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak,ikan,tenusu rendah lemak dan lain-lain protein.Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini.Jadi,rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang  dirancang dengan baik.
Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan. Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

Tanda-tanda awal dari Allah S.W.T kepada umatnya....









TANDA AWAL DARI ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA..

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda  ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.  Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda  mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.  Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.  Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri  dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah    mati.

 

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.   Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



 
TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit  yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya   perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.  Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita..... Grin

~Kisah perangkap tikus ~

PERANGKAP TIKUS



Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam 

"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkap tikus !" 

Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL DI SEBALIK KISAH INI :

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGANGGAP ITU BUKAN URUSAN ANDA...... FIKIRKAN-FIKIRKANLA H SEKALI LAGI......HANYA SEKALI LAGI........

Monday 21 March 2011

Mari menguji minda....

Soalan 1:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Soalan 2: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Soalan 3: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Soalan 4: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 5: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Soalan 6: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Soalan 7: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Soalan 8: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Soalan 9: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?

Soalan 10: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Soalan 11: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Soalan 12: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

Soalan 13: Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Soalan 14: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Soalan 15: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Soalan 16: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Soalan 17: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan 18: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Soalan 19: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Soalan 20: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Soalan 21: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Soalan 22: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

Soalan 23: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Soalan 24: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 25:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?

Soalan 27:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Soalan 28: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.

Soalan 29: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Soalan 30: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

Soalan 31: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Soalan 32: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Soalan 33: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Soalan 34: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Soalan 35: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Soalan 36: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Soalan 37: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Soalan 38: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Soalan 39: Apakah haiwan yang berkaki 3?

Soalan 40: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Soalan 41: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Soalan 42: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Soalan 43: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Soalan 44: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan 45: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Soalan 46: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan 47: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Soalan 48: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Soalan 49: Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Soalan 50: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 51: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.


Jawapan:

urutan mengikut no soalan...

Jawapan 1: Penguin
Jawapan 2: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Jawapan 3: Stokin tu basah lah....
Jawapan 4: Telur
Jawapan 5: Kuih Donut
Jawapan 6: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

Jawapan 7: Pengail yang dapat ikan.
Jawapan 8: Aku berjalan secara mengundur!
Jawapan 9: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Jawapan 10: Spedometer bas lah...
Jawapan 11: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Jawapan 12: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Jawapan 13: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Jawapan 14: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Jawapan 15: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Jawapan 16: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Jawapan 17: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Jawapan 18: Orang naik beca semasa hujan
Jawapan 19: Tapak kaki kitalah.
Jawapan 20: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Jawapan 21: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Jawapan 22: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Jawapan 23: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Jawapan 24: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
Jawapan 25: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Jawapan 26: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Jawapan 27:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Jawapan 28: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....

Jawapan 29: Buang tebiat
Jawapan 30: Batang hidung engkaulah!
Jawapan 31: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Jawapan 32: Sebab anak dia tu perempuan
Jawapan 33: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Jawapan 34: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?

Jawapan 35: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Jawapan 36: Pisang Goreng
Jawapan 37: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Jawapan 38: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Jawapan 39: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Jawapan 40: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Jawapan 41: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Jawapan 42: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Jawapan 43: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Jawapan 44: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Jawapan 45: Anak mancis daaa.
Jawapan 46: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal... ha...ha...ha..
Jawapan 47: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Jawapan 48: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Jawapan 49: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Jawapan 50: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Jawapan 51: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.


maaf la kalo berserabut sket teka teki nie..hope enjoy..