Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah. "Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh. Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa. Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?" Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG". |
Thursday, 5 May 2011
Labels:
Lawak...
Pak Pandir Naik Kapal Terbang
Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu dalam program stesen radio Hangus FM. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup menggembirakannya. Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus ambil tempat. Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu. Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun, pramugari tu tegur, "Pak cik, pak cik tak boleh duduk kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di belakang?" "Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah selesa kat sini" Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya. Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada isyarat kata ok daripada Ketua Pramugari, lalu dia pun keluar tengok. Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu pun pergilah ke tempat Pak Pandir "Pak cik, boleh tengok tiket?" Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih. "Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?" "Ya nak" Jawab Pak Pandir. "Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, kerusi belakang tu baru pegi KL!" Pak Pandir pun terkasima...terkejut! "Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau." |
Labels:
Lawak...
Tuesday, 3 May 2011
PERANTAU KETEREH KELANTAN: 8HB MEI 2011(AHAD): 2.00-6.00 PTG: KOMPLEKS FUTSAL...
PERANTAU KETEREH KELANTAN: 8HB MEI 2011(AHAD): 2.00-6.00 PTG: KOMPLEKS FUTSAL...: "KARNIVAL MESRA FUTSAL ANAK-ANAK KETEREH 2011; 8HB MEI 2011 (AHAD) 2PTG-6PTG Jawatankuasa Penyelarasan PENGUNDI LUAR LEMBAH KLANG PARLIMEN..."
Subscribe to:
Posts (Atom)