Monday 21 March 2011

Mari menguji minda....

Soalan 1:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Soalan 2: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Soalan 3: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Soalan 4: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 5: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Soalan 6: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Soalan 7: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Soalan 8: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Soalan 9: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?

Soalan 10: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Soalan 11: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Soalan 12: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

Soalan 13: Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Soalan 14: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Soalan 15: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Soalan 16: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Soalan 17: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan 18: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Soalan 19: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Soalan 20: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Soalan 21: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Soalan 22: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

Soalan 23: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Soalan 24: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 25:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?

Soalan 27:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Soalan 28: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.

Soalan 29: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Soalan 30: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

Soalan 31: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Soalan 32: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Soalan 33: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Soalan 34: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Soalan 35: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Soalan 36: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Soalan 37: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Soalan 38: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Soalan 39: Apakah haiwan yang berkaki 3?

Soalan 40: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Soalan 41: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Soalan 42: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Soalan 43: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Soalan 44: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan 45: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Soalan 46: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan 47: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Soalan 48: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Soalan 49: Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Soalan 50: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 51: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.


Jawapan:

urutan mengikut no soalan...

Jawapan 1: Penguin
Jawapan 2: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Jawapan 3: Stokin tu basah lah....
Jawapan 4: Telur
Jawapan 5: Kuih Donut
Jawapan 6: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

Jawapan 7: Pengail yang dapat ikan.
Jawapan 8: Aku berjalan secara mengundur!
Jawapan 9: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Jawapan 10: Spedometer bas lah...
Jawapan 11: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Jawapan 12: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Jawapan 13: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Jawapan 14: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Jawapan 15: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Jawapan 16: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Jawapan 17: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Jawapan 18: Orang naik beca semasa hujan
Jawapan 19: Tapak kaki kitalah.
Jawapan 20: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Jawapan 21: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Jawapan 22: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Jawapan 23: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Jawapan 24: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
Jawapan 25: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Jawapan 26: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Jawapan 27:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Jawapan 28: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....

Jawapan 29: Buang tebiat
Jawapan 30: Batang hidung engkaulah!
Jawapan 31: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Jawapan 32: Sebab anak dia tu perempuan
Jawapan 33: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Jawapan 34: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?

Jawapan 35: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Jawapan 36: Pisang Goreng
Jawapan 37: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Jawapan 38: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Jawapan 39: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Jawapan 40: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Jawapan 41: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Jawapan 42: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Jawapan 43: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Jawapan 44: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Jawapan 45: Anak mancis daaa.
Jawapan 46: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal... ha...ha...ha..
Jawapan 47: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Jawapan 48: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Jawapan 49: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Jawapan 50: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Jawapan 51: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.


maaf la kalo berserabut sket teka teki nie..hope enjoy..

No comments: