Wednesday 13 April 2011

aku stress...


assalamualaikum....
stress...aku rasa semua org xakan terlepas dari masalah ni..baik dari kecil..hinggalah kita menghembus nafas yang terakhir...tp kita harus hadapi masalah ini dgn bijak...mesti uruskan ngn bijak...kalau dibiarkan mungkin keadaan boleh menjadi parah sehingga ada yang sanggup membunuh diri...ianya dtg dari pelbagai situasi...dimana2 sahaja,kita mesti akan menghadapi keadaan ini....yang paling byk kita jupe ialah..tekanan di tempat kerja...dan dirumah.... bemacam- cara kita boleh tangani stress ni... disini sy cuba sediakan cara2 utk tangani stress..


Petua tangani stress apabila marah

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat tertekan. Ia dialami semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Apabila keterlaluan, berpanjangan dan tidak mampu mengawalnya akan membawa kepada kemarahan.

Perkara harus dilakukan apabila marah:

  • Menyedari yang anda sedang marah dan katakan ‘Saya sedang marah..’
  • Bertenang..kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap.
  • Kenal pasti kenapa anda marah.
  • Cuba dengan penjelasan orang lain.
  • Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hari atau menghukum orang lain.

  • Beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan.
  • Membiasakan diri memaafkan dengan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan
  • Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Fikir secara positif.
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
  • Belajar menyukai diri sendiri.
  • Belajar bertenang.
  • Adakan hobi.
  • Luangkan masa untuk beriadah.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah

No comments: