Monday, 4 April 2011
Lelaki...betul ke?
1) Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan ‘up to date’. Biarpun kadangkala mereka tidak begitu kacak daripada segi paras rupa, penampilan mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap mengenai keluarga mereka.
Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga dan hanya mementingkan keseronokan hidup saja. Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia sudah veteran.
2) Lelaki Tradisional
Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, tidak terlalu kuno atau ‘up to date’ sangat. Namun, mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya:
Dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
Merujuk kepada masalah puan, Dang Setia melihat suami puan jelas tergolong dalam kategori pertama iaitu lelaki playboy. Itulah perangainya daripada muda sebelum terpikat dengan puan dan kemudian mendirikan rumah tangga serta memiliki anak.
Lelaki seperti ini lazimnya menyayangi isterinya tapi pada masa sama, sukar meninggalkan tabiat buruk ‘memancing’ perempuan atau istilah Inggerisnya, ‘flirting’.
Sukar untuk orang lain mengubah sikapnya kecuali dia sendiri yang ingin berubah. Perubahan itu boleh dilakukan sedikit demi sedikit dengan mendekatkan diri pada agama. Insya-Allah, semakin kuat pegangan agama seseorang itu, semakin kuat dia mampu melawan dugaan hidup terutama perangai buruknya itu.
Bagi puan pula, ada dua pendekatan yang boleh dilakukan. Pertama, kembali kepada agama iaitu berdoa kepada Allah supaya membukakan hati suami supaya meninggalkan perkara mungkar.
Kedua, menyiasat setakat mana tabiat buruk suami. Ada suami ‘playboy’ yang gemar berkawan dengan ramai gadis dan wanita tapi tidak melebihi batas. Dalam kata lain, itu cuma hobinya dan dia masih sedar tanggungjawabnya terhadap keluarga. Lelaki seperti ini masih boleh dimaafkan biarpun hakikatnya, dia memang menyakitkan hati isteri.
Tapi kalau dia sudah melampaui batas hingga mempunyai hubungan sulit, lelaki seperti ini tidak lagi boleh dimaafkan dan perceraian adalah jalan terbaik biarpun kenyataan itu pahit dihadapi.
Justeru, jalan terbaik kepada gadis yang ingin mendirikan rumah tangga, pilihlah lelaki tradisional yang berpotensi untuk menjadi suami bertanggungjawab.
Lelaki itu lazimnya adalah seorang yang sederhana tapi memiliki pakej lengkap sebagai suami. Suami seperti ini mampu membahagiakan wanita hingga ke anak cucu.
Labels:
Aku dan Aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment