Mcm ni la rupa nasi ambeng bila aku buka bungkusannya kat umah...
Selepas berusaha dengan gigih....hasilnya...
Separuh mati kerjakan Nasi neh...masa yang dia ambil utk habiskan nasi ni lebih kurang 1jam...masa utk hadam...sampai ptg keesokan harinya pun rasa lagi kenyang...sapa yg kuat mkn boleh la mkn Nasi Ambeng nie...boleh jadi gergasi kalau mkn tiap2 hari...
INFO...
NASI AMBENG :
* Masyarakat jawa adalah sebilangan komuniti masyarakat Melayu Malaysia yang pada asalnya berasal dari Tanah Jawa Indonesia sekarang menjadi Rakyat Malaysia , turun temurun dan beranak, cucu, cicit.
NASI AMBENG adalah tradisi makanan masyarakat Jawa apabila mengadakan kenduri sambutan kelahiran, doa selamat atau Arwah.
NASI AMBENG di letak dalam sebuah dulang besar ( Talam ) dengan di hiasi lauk aslinya yang terdiri daripada serunding, ikan kering dari jenis bulu ayam ( GEREH BULU AYAM ) kacang tanah, sambel goreng dan lauk utamanya adalah ayam kukus ( ENGKONG ). dan sayuran kacang panjang.
Bagi sedulang nasi ambeng biasanya untuk keperluan 6 orang tetamu. Pada majlis kenduri biasanya ia dibahagi rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga. Bahagian ini disebut
Pancal - ( Membahagi nasi ambeng )
Konsep nasi ambeng amatlah unik dimana ianya menerapkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat . Tiada beza membeza jenis makanan bagi simiskin atau sikaya.
Tetapi kini akibat transformasi permodenan sudah terlalu banyak teknik dan gaya Nasi Ambeng diubah suai termasuk tradisi majlis . Segalanya akibat ikut-ikutan yang kurang releven. Konsep pemuafakatan dan persepakatan kian pudar dan pupus. segalanya kerana inginkan sesuatu yang pantas dan berjenama, tetapi sebenarnya ia mengorbankan positif value sesuatu masyarakat, komuniti itu sendiri secara keseluruhannya.
Bagi generasi akan datang, semuga akan mula bertitik tolak semula kepada asalnya, bagi usaha mengembalikan keaslian tradisi NASI AMBENG ini.
More About : Nasi AMBENG
No comments:
Post a Comment