Pagi tadi ada terdengar desas desus yang mengatakan majlis akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah...tertarik aku nk ambil tahu benda2 mcm ni sebab pasni aku nk kawin..huhu...saja nk kongsi2 ngan pembaca2 yang lain...aku cuba2 search dlm google mengenai perkara berbangkit...
Anda boleh baca laporan tersebut klik---> di sini
INFO yang dpt...
ALHAMDULILLAH, wassholatu wassalam ‘ala rasulillah, waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat-17 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat itu), maka adalah diharapkan mereka menjadi sebahagian golongan yang mendapat petunjuk”.
Apabila disebut larangan, ada dua macam. Pertama makruh iaitu orang yang meninggalkannya mendapat pahala, manakala orang yang mengerjakannya tidak mendapat apa-apa. Kedua, haram iaitu orang yang meninggalkannya mendapat pahala dan orang yang mengerjakannya mendapat dosa atau siksa.
Hakikatnya, tidak ada ayat al-Quran dan hadis yang melarang untuk menjalankan akad nikah di masjid. Akad nikah adalah termasuk perkara ibadat. Justeru, ia sesuai juga diadakan di masjid. Mudah-mudahan bertambah keberkatan dengan memulakan sesuatu kebaikan di tempat yang paling baik dan mulia.
Bagaimanapun, perlulah dijaga adab apabila berada dalam masjid agar kehormatan dan kemuliaan masjid terpelihara. Antara adabnya iaitu berada dalam keadaan menutup aurat, menghormati orang lain yang melakukan solat atau membaca al-Quran, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, jangan membuat bising sehingga menghilangkan kehormatan masjid dan sebagainya. Apabila masuk masjid, bacalah doa-doa ketika masuk masjid.
Antaranya : A’uzhu billahil ‘azhimi wabiwajhihil karim wasulthanil qadiim minas syaithanir Rajim. (Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan Dengan Wajah-Nya yang Maha Mulia dan Kekuasaan-Nya yang berkekalan daripada syaitan yang direjam).
Selain itu, disunatkan juga bagi orang yang memasuki masjid untuk berniat iktikaf dan melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment