Monday, 21 March 2011

Baju Cinta...



Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!"

"Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si nenek.

" Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.."
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami...

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???" marah si Atok.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek.

"BAJU CINTA???..... . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya.." 

Antara sikap2 wanita yang lelaki kagumi....

Assalamualaikum.... 


Sebelum balik keja sempat lagi belek2 aku punya forum...terjumpa barang2 lusuh yang agak dah berhabuk...hehehe..saja nk kongsi kat sni..moga2 bleh ramai2 baca...harap dtp manfaat  la...so enjoy....


Antara Sika2 Wanita Yang Lelaki Kagumi...




Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna..



wassalam....

Majlis akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah

 gambar hiasan...  
                                                                                                            

Pagi tadi ada terdengar desas desus yang mengatakan majlis akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah...tertarik aku nk ambil tahu benda2 mcm ni sebab pasni aku nk kawin..huhu...saja nk kongsi2 ngan pembaca2 yang lain...aku cuba2 search dlm google mengenai perkara berbangkit... 
Anda boleh baca laporan tersebut klik---> di sini

INFO yang dpt...
ALHAMDULILLAH, wassholatu wassalam ‘ala rasulillah, waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat-17 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat itu), maka adalah diharapkan mereka menjadi sebahagian golongan yang mendapat petunjuk”.
Apabila disebut larangan, ada dua macam. Pertama makruh iaitu orang yang meninggalkannya mendapat pahala, manakala orang yang mengerjakannya tidak mendapat apa-apa. Kedua, haram iaitu orang yang meninggalkannya mendapat pahala dan orang yang mengerjakannya mendapat dosa atau siksa.
Hakikatnya, tidak ada ayat al-Quran dan hadis yang melarang untuk menjalankan akad nikah di masjid. Akad nikah adalah termasuk perkara ibadat. Justeru, ia sesuai juga diadakan di masjid. Mudah-mudahan bertambah keberkatan dengan memulakan sesuatu kebaikan di tempat yang paling baik dan mulia.
Bagaimanapun, perlulah dijaga adab apabila berada dalam masjid agar kehormatan dan kemuliaan masjid terpelihara. Antara adabnya iaitu berada dalam keadaan menutup aurat, menghormati orang lain yang melakukan solat atau membaca al-Quran, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, jangan membuat bising sehingga menghilangkan kehormatan masjid dan sebagainya. Apabila masuk masjid, bacalah doa-doa ketika masuk masjid.
Antaranya : A’uzhu billahil ‘azhimi wabiwajhihil karim wasulthanil qadiim minas syaithanir Rajim. (Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan Dengan Wajah-Nya yang Maha Mulia dan Kekuasaan-Nya yang berkekalan daripada syaitan yang direjam).
Selain itu, disunatkan juga bagi orang yang memasuki masjid untuk berniat iktikaf dan melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid. Wallahua’lam.

Nasi Ambeng

Askum...Hari ni aku nk kongsi bab makanan...aritu jalan2 kat pasar mlm area taman cempaka, nilai Negori 9...pasar mlm kecik je...bersama2 housemate...dia suggest aku beli nasi ambeng...aku xbrape minat benda pelik2...tgk bunagkusan pun ngeri,...mcm nk makan utk dua org je...tp dah xtau nk beli apa..terbeli la jgk nasi tersebut...kat situ dia bagi kita pilih nk lauk apa..mlm tu aku pilih lauk ayam...ramuan2 lain sama je...cuma mee aku tukar ngn bihun goreng...mee muak...harga yang dijual Rm6.00 (berpatutan)...

Mcm ni la rupa nasi ambeng bila aku buka bungkusannya kat umah...


Selepas berusaha dengan gigih....hasilnya...


Separuh mati kerjakan Nasi neh...masa yang dia ambil utk habiskan nasi ni lebih kurang 1jam...masa utk hadam...sampai ptg keesokan harinya pun rasa lagi kenyang...sapa yg kuat mkn boleh la mkn Nasi Ambeng nie...boleh jadi gergasi kalau mkn tiap2 hari...

INFO...

NASI AMBENG :

* Masyarakat jawa adalah sebilangan komuniti masyarakat Melayu Malaysia yang pada asalnya berasal dari Tanah Jawa Indonesia sekarang menjadi Rakyat Malaysia , turun temurun dan beranak, cucu, cicit.

NASI AMBENG adalah tradisi makanan masyarakat Jawa apabila mengadakan kenduri sambutan kelahiran, doa selamat atau Arwah.

NASI AMBENG di letak dalam sebuah dulang besar ( Talam ) dengan di hiasi lauk aslinya yang terdiri daripada serunding, ikan kering dari jenis bulu ayam ( GEREH BULU AYAM ) kacang tanah, sambel goreng dan lauk utamanya adalah ayam kukus ( ENGKONG ). dan sayuran kacang panjang.

Bagi sedulang nasi ambeng biasanya untuk keperluan 6 orang tetamu. Pada majlis kenduri biasanya ia dibahagi rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga. Bahagian ini disebut
Pancal - ( Membahagi nasi ambeng ) 

Konsep nasi ambeng amatlah unik dimana ianya menerapkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat . Tiada beza membeza jenis makanan bagi simiskin atau sikaya.

Tetapi kini akibat transformasi permodenan sudah terlalu banyak teknik dan gaya Nasi Ambeng diubah suai termasuk tradisi majlis . Segalanya akibat ikut-ikutan yang kurang releven. Konsep pemuafakatan dan persepakatan kian pudar dan pupus. segalanya kerana inginkan sesuatu yang pantas dan berjenama, tetapi sebenarnya ia mengorbankan positif value sesuatu masyarakat, komuniti itu sendiri secara keseluruhannya.

Bagi generasi akan datang, semuga akan mula bertitik tolak semula kepada asalnya, bagi usaha mengembalikan keaslian tradisi NASI AMBENG ini.


More About : Nasi AMBENG 

Madah berhelah...

askum..Beberapa hari lalu...seseorang telah SMS kata2 madah yg pendek utk aku...erm..saja nk kongsi kat blog..gua bab madah2 cintan cintun ni dah lama wa tinggal...zaman sekolah cinta monyet dulu bleh la..tu pun wa copy dlm buku nk bg kat awek wa...hahaha...serius..wa mmg xreti bab2 madah2 ni...

kata2nya..bunyi lebih kurang ni la... katanya reka sendiri...

Andai lelaki tahu...
Apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
utk terus tabah menyintai lelaki itu.....

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cakap banyak..
dia tidak pernah bermaksud buat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya 
dengan lebih dekat...


Aku xdpt nk komen apa2 pasal madah2 ni..mmg wa xreti..!!huhuhu

Thursday, 17 March 2011

IBU...

Sedang aku melayari internet yg semakin canggih hari demi hari...mencari artikel2 yg boleh aku berkongsi ngn kawan2..aku terjumpa artikel yang teramat menyentuh hati aku...harap2 aku boleh berkongsi dgn semua org yg masih beruntung kerana masih mempunyai ibu yang masih bernyawa didunia...sesungguhnya kehilangan ibu bg aku kehilangan yang teramat besar...kepada sesiapa yang masih mempunyai ibubapa..layan lah mereka dgn baik...dia ibubapa kamu...jgn kamu menyesal bila dia sudah dia lg....



Surat coretan hamba Allah yg x kukenali ini tersangat mudah mengumpan airmtaku tiap kali membacanya. Di sini, aku ingin skli berkgsi isi kandungannya (tnpa mengubah mana2 isinya) sempena Hari Ibu yg berlalu beberapa hari yg lalu:

Warkah Buat Ibu
Mak…
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari,
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
Sejuk syahdu masih terasa lagi nih…

Mak tau tak…
Itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…
Dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm… rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…
Nak tinggal kan anak2 mak…
Nak tinggal kan dunia fana ni…
Mak macam dah sedia…
Seminggu sebelum tu… mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu…
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…
Kakak pun rasa hairan…
Mak tak pernah buat gitu…
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…
Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam…
Kengkadang siaran indonesia… mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2…
Pastu mak jemur karpet-karpet…
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain… mak biarkan ruang tu kosong…
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan…
Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak…
Ada kat dalam almari…
Ada kat dalam beg…
Ada dalam ASB…
Ada kat dalam Tabung Haji…
Mak cakap tak berapa cukup lagi…
Ada kat dalam gulung tikar…
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan  bila mak bgtau duit dalam gulung tikar… kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
Mak cuma gelak jer…
Eeemmm… bahagia nya saat ituu…


Mak…
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…
Bila malam tu kiter sampai dari KL… mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…
Mak tetap tak mau pi hospital…
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.
Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital…
Tapi kiter berkeras juga pujukkk…
Nanti di hospital ada doktor… ada ubat untuk mak…
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer…
Mak tetap tak bersetuju… mak memang degil…
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu…
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk…
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…

Mak…
Ampunkan kami semua…
Kami nak mak sehat…
Kami sayang mak…
Kami tak mau mak sakit…
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital…
Ampon kan kami yer mak…

Mak…
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itulah kali pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta…
Mak asyik tanya jer… cukup ker duitt…
Kiter jawab pula… kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
Mak gelak ajerr…
Lepas tu bila kereta kita sampai… mak buat kenduri kesyukuran…
Dan kiter masih ingat lagi… bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor…

Punya la kiter takut… kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…
Bila balik sahaja kampong… kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek… mak tanya kenapa…?
Selamba jer kiter jawab terlanggar pokok bunga…
Mak… tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tahu hal sebenar…
Mak, kiter menipu mak kan… ampon kan kiter…


Mak…
Jam 4.30 pagi 18/08/1999
Bila tiba aja kat hospital… nurse tu tengah balut mak dengan kain putih…
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak…
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
Mesti mak nampak semua tu kann… kann… kannn
Mak tau tak…
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kt sebelah diam melayan perasaan…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
Jalan di depan terasa makin kelam…
Airmata dah tak mampu ditahan…
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan tu kiter rela…
Namun alhamdulilLah akhirnya kiter sampai juga. Disebabkan pagi masih awal. Jadi jalan tu lengang… kosong… sekosong hati ini…
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya…
Terasa syahdu dan sayu gitu… dinginnn…

Mak…
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak dimandikan…
Anak2 mak yang pangku mak masa mak mandi…
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak…
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…
Dia kata… “dik… jangan nangis… kalau sayang mak jangan buat gitu… jangan nangis ya…”
Bila makcik tu kata gitu…
Lagi laaaa laju airmata ni… tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak…

Mak…
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…
Kiter nangis ni…
Ni kat dlm bilik… baru pukul 4.00 pagi…
Takder orang yang bangun lagi…
Kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh”
Kiter sedih… kiter rindu kat mak…!
Takpa la… nanti bila kita selesai sembahyang subuh kiter baca yassin untuk mak…
Mak tunggu ya…!

Mak…
Sebelum muka mak ditutup buat selamanya…
Semua anak2 mak mengelilingi mak… menatap wajah mak buat kali terakhir…
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak… masa tu kiter sentuh dahimak…
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…
Kiter tak mampu nak cium mak… kiter tak daya…
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan…
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah…
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
Badan akak terasa panas…
Makk… anak mak yang seorang tu demam…
Mak tauu… cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan…

Mak…
Hari2 ku lalui tanpa kewujudanmak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak… boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…

Dan sampai satu tahap… masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu… tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu… kiter cuba bertahan…
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
Nak cakap dengan mak…
Anak mak yang ni dah tak betul kan…???
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak… kiter nangis lagi
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata… “tak baik laa nangis aje… doa lah untuk mak… nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana…”
Dan akhirnya akak juga nangis…
Agaknya mak nampak adegan tu…
Sebab malam jumaat kata orang roh balik rumah…
Mengharap sedekah dari anak2nya…

Mak tau tak… di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
Rasa nyilu sangat…
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni…
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma… hanya sedekah al-Fatihah kiter berikan…

Mak…
Cukupla sampai sini dulu…
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu…
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan…
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula…
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
Pastu kawan kiter bgtau… simpan je buat kenangan…

Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak… kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu… sebab kawan kiter dah lama tunggu tu
Akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah…
Sampai masuk unibesiti…
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
Boleh rasa duduk kat negara orang…
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas…

                                                                                                                        Yang Benar,
                                                                                          …Anak mak yang dah tak nakal…

p/s: Warkah coretan seorang anak ini aku petik dari salah satu penerbitan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sesi 04/05